Posts

Showing posts from March, 2014

Mari belajar buat duit dengan program affiliate.

Image
Ya. Saya dah lama juga sebenarnya cuba buat duit dengan program affiliate. Nak kata lama tu, tidak la lama sangat. Tapi kalau dah lebih 4-5 tahun, saya anggap itu satu tempoh yang agak lama. Dan bagaimanakah hasilnya? Ya. LUMAYAN. Pada mulanya, saya sendiri tak sangka boleh dapat duit sebanyak itu. Mula-mula, dapat hasil pun cumalah Rm10 sahaja sebulan. Kadang-kadang, bolehlah dapat RM50 hingga RM200 sebulan. Sekarang, boleh kata selalu jugaklah dapat antara RM500 hingga RM1000++ sebulan . Ya. Semuanya saya lakukan secara separuh masa. Bukan "full time". Maklumlah, saya pun ada kerja tetap. Penumpuan harus dilakukan lebih kepada kerja tetap. Saya tak mahu campur adukkan kerja tetap dengan kerja sampingan pada masa yang sama. Takut tidak berkat. Waktu kerja tetap, saya tumpukan perhatian disana. Waktu malam atau waktu petang, bila saya ada masa terluang, barulah saya buat kerja untuk cari duit sampingan. Kalau tak ada masa? Tak apa. Mungkin rezeki saya bukan pada