Posts

Hargai mereka.

Image
Hi. Apa khabar semua. Lama saya menghilang. Maklumlah, sibuk dengan kerja sekarang. Nak online pun kena berkira sekarang. Tunggu anak tidur, barulah ada masa sedikit nak menaip artikel. Itupun, kalau emaknya tak bising. Bukan apa. Keluarga tetap nombor satu. Jangan diabaikan walaupun kita sibuk kejar harta dunia. Harta itu penting. Keluarga itu lebih penting. Sebab keluarga merupakan harta yang sukar untuk kita cari. Jadi, dah nak hujung tahun 2017 ni, ada masa tu, luangkan sedikit untuk keluarga kita. Tak kurang juga pada ibu bapa kita. Yang dah lama tak balik tu, baliklah. Memang mak bapak kita tak mintak kita balik. Tapi, dihati mereka. Mereka nak kita balik. Cuma tak terucap sahaja. Sebab faham, anak sibuk. Anak sibuk dengan dunianya. Seperti mak bapak kita yang dulunya pernah lalui benda yang sama. Mereka faham. Tapi, mereka tetap nak anak mereka balik. So, baliklah walaupun cuma sehari. Dunia sekarang makin mudah. Takde kereta, naiklah ba

Cari duit selepas raya.

Ya. Sekarang, dah mula sana-sini orang mencari duit untuk hari raya kali ini. Bagi saya, itu tak ada masalah. Yang jadi masalah adalah untuk cari duit raya selepas berakhirnya raya nanti. Itu adalah masalah besar. Bukan semua orang mampu lakukannya dengan bijaksana. Lagi-lagi kalau yang jenis perhabis semua duit untuk berhari raya. Maklumlah, katanya raya ni setahun sekali. So, biarlah berhabis kat raya. Sekurangnya, berhabis kat benda yang ada manfaatnya. Ya. Itu tidak salah. Saya juga setuju. Cuma, kena beringat juga dengan selepas raya. Ada banyak belanja yang menunggu. Nasihat saya, jika tak mampu untuk cari duit tambahan, belajarlah untuk lebih berjimat. Itu lebih baik daripada kita terpaksa meminjam duit sedara atau kawan taulan yang pastinya setiap orang ada masalahnya tersendiri. Kang tak beri pinjam, tak mengaku pulak saudara. Dah timbul masalah baru. Kalau beri pinjam, dah satu kerja pulak kita nak minta hutang semula. Tak pasal-pasal, ada

Cari DUIT RAYA dengan Jobdirumah

Image
Okeh. Tak lama lagi, kita akan mula berpuasa. Selepas itu, kita akan berhari raya. Dan dalam tempoh DUA bulan yang tidaklah lama sangat ini, saya yakin ramai yang memerlukan pendapatan tambahan. Sebab boleh tahan banyak juga belanja untuk dua bulan tersebut. Nak beli baju raya, nak buat persiapan, nak tukaq langsir baru, nak beli kuih raya, nak sedia duit raya, sampul raya pun nak kena beli design yang cantek-cantek dan macam-macam lagi. Pendek kata, semuanya itu memerlukan duit. Ya. Memang duit bukan segala-galanya. Tapi banyak perkara yang memerlukan duit untuk melicinkan proses yang kita mahukan itu. Jadi, jika ada kemahuan, disitu ada jalannya. Carilah pendapatan sampingan yang korang mahukan. Saya tahu, ada yang sudah mula bergiat secara serius dan cuba tambah pendapatan keluarga. JIka belum berkeluarga, inilah masanya anda usaha sepenuh hati kerana selepas berkeluarga nanti, mungkin tidak ada banyak masa lagi yang ada kerana jika sudah berkeluarga, banyak

RM20 ribu dari Jobdirumah.

Image
Ya. Itu jumlah sales yang pernah dapat sepanjang dari Jobdirumah. Tapi kalau nak kira komisen mungkin separuh dari itu. Kena faham, sales itu tidak sama ertinya dengan nilai komisen yang kita dapat. Walaupun begitu, RM10 ribu itu tetap satu perangsang yang baik untuk saya terus buat duit dengan program Jobdirumah ini disamping dengan program buat duit yang lain. .. ... RM20 ribu dari Jobdirumah.  Saya tahu. Bukan satu jumlah yang kecil. Saya juga tahu. Ada dalam kalangan anda yang masih gagal dan tidak berjaya buat duit dengan Jobdirumah . Tak apa. Ini masih dalam proses pembelajaran dan proses mencuba. Validasi. Maksudnya, kita ukur kemampuan kita untuk terus buat duit dengan Jobdirumah. Nasihat saya, jika dalam tempoh 3 hingga 6 bulan anda masih tak berapa selesa dan terus gagal untuk buat duit dengan Jobdirumah, saya cadangkan anda cuba program yang lain yang mungkin lebih sesuai untuk anda. Saya sendiri letakkan tempoh 3 hingga 6 bulan apabila say

Belajar buat blog untuk dapat job yang lumayan.

Image
Ya. Belajar buat blog. Untuk dapat job-job yang lumayan dan lebih menguntungkan. Saya tahu, ramai yang tahu buat blog. Tahu setup blog masing-masing, tahu pilih theme blog, tahu menulis artikel diblog dan tahu juga buat promosi. Tapi untuk "BELAJAR" buat blog yang betul-betul dapat menghasilkan pendapatan yang lumayan pada setiap bulan, itu yang masih ramai tidak tahu dan tidak mahir. Betul tak? Belajar Ramai yang bertanya, penting ke belajar buat blog kalau nak buat duit online? Bagi saya penting. Orang lain? Saya tak tahu dan tidak pasti. Ada yang berjaya buat duit melalui facebook. Run facebook ads, buat boost, spam sana sini sikit. Boom. Dapat duit. Tapi tak kurang juga RAMAI yang gagal. Sebab facebook ni adalah medium yang sekejap. Bukan untuk jangka masa yang panjang. Berbeza dengan blog. Blog adalah salah satu promosi untuk jangka masa yang panjang. Dan boleh dicapai melalui search engine. Potensi untuk dijumpai dan dibaca

Saya tak PERCAYA dengan Jobdirumah.

Image
Ok. Itu salah satu soalan atau tomahan yang selalu saya terima. Bukan sahaja diblog ini, tetapi ada juga dibeberapa blog yang lain. Blog ini, khusus saya tulis tentang Jobdirumah. Dari apa yang saya buat, dari saya register, dari cerita saya terima komisen jobdirumah, dari cerita saya gagal bid job jobdirumah, dari cerita client lama saya, dan memacam cerita lagi pasal dan berkaitan dengan Jobdirumah. Apa yang saya nampak dan perhatikan.. RAMAI.. yang menganggap Jobdirumah ini adalah satu benda yang sempurna. Ofkos ada lubangnya dimana-mana. Tak semua job yang ditawarkan sesuai dengan kita. Tak semua job yang kena bid itu kena dengan kelayakan dan skill kita. Ada masa, kita kena polish dan tambah skill kita untuk dapatkan job yang ditawarkan. Ada job, kena ada pengalaman, baru diorang kasi "chance" kita untuk berpotensi dapat job. Ada pula, kita kena tahu install wordpress atau kena ada blog untuk tulis artikel yang diminta. Ada pula, nak kita wat

Harga yang berbeza.

Image
Ya. Saya ada perasan bahawa, harga terbaru untuk pendaftaran Jobdirumah ini datang dengan tiga harga yang berbeza. Harga yang berbeza.  Lihat gambar diatas. Ya. Berbeza. Dulu, harganya cuma RM50 sahaja. Ada sekali, harganya naik ke RM100. Kemudian, turun semula ke harga RM50 atas permintaan ramai yang ingin mencuba. Kini, Jobdirumah hadir dengan tiga harga yang berbeza. Apakah perbezaannya? Ada perbezaannya. Jika anda lihat diatas pun, dah nampak KETARA perbezaannya. Boleh pilih level mana satu yang anda berminat untuk mencuba. TAPI.. Nasihat saya, pilih terus ke level 3 agar anda dapat memaksimumkan pendapatan anda dan dapat LEBIH info dan maklumat berbanding level 1 dan level 2. Perbezaan yang ketara, adalah video tutorial. Ini penting. Zaman saya dulu, masa awal-awal Jobdirumah in baru bermula, tak ada langsung video tutorial. Tapi lama kelamaan, mungkin kerana banyak permintaan, mereka telah sediakan video-video tutorial untuk membantu anda. P