2 Cara bayar hutang PTPTN dengan cepat.

Ya.

Saya dah selesai bayar hutang PTPTN saya.

Lebih tepat, tahun 2011 sudah tamat bayar semua hutang PTPTN saya itu.

Saya tamat belajar pada tahun 2007. 

Jadi, hampir 4 tahun saya gunakan untuk habiskan hutang tersebut. 

Tak banyak, tapi lelah jugalah nak membayarnya. 

Saya plan untuk habiskan dalam tempoh 5 tahun. 

Tapi saya terawal 4 tahun. 

Apa tips saya?

Mudah sahaja. 

1. Planning.

Saya plan 5 tahun.

Saya tegar membayar sekurangnya rm50 sebulan.

Pada awalnya, rm50..dan saya upgrade ke rm100..dan akhirnya ke rm300 setiap bulan.

Bila ada duit lebih..saya bayar antara rm500 hingga rm700. 

Maklumlah, saya bujang ketika itu. Tak ada komitmen. Jadi, boleh bayar lebih. Komitmen lain pun, bayar hutang kereta saja. 

Gaji masa tu, RM2000++. Tapi saya ada buat side income. Ada beberapa pendapatan sampingan yang saya lakukan secara online dan offline. Dapatlah lebihan RM1000+RM2000 setiap bulan

So..duit lebihan itulah saya gunakan untuk tampung hutang-hutang saya.

2. Pokoknya, kena disiplin. 

Saya memang cukup disiplin bab-bab bayar hutang ni. 

Saya tak kesah tidak beli baju baru ataupun kasut baru. Pergi tempat kerja pun, saya pakai baju kuliah masa saya kat universiti dulu. Masih muat dan sedang elok. Cantek lagi baju tu. Sampai ke hari ini, masih boleh pakai. Nak lebih cantek..siap ada sipi tajam di baju-baju dan lengan baju saya tu.
Rahsianya, gunakan air dan sterika.
Hehe... 

Jadi, fokusnya disini..kena ada plan dan kena disiplin.

Bab nak cari duit sampingan, ada 1001 macam program yang boleh bantu anda buat duit sampingan.

Jual karipap pun boleh, jual nasi lemak pun boleh, jual air jambu pun boleh. 

Pilihlah satu.

Dan fokus.

Saya pilih program seperti Jobdirumah dan saya fokus. Siapa yang berminat, boleh daftar disini dan baca panduannya.


Saya dapat hasilnya. Dan kini, dalam proses nak habiskan hutang kereta pula.

Hehe..
Ada duit, boleh bayar HUTANG PTPTN..

Comments

Popular posts from this blog

Belajar buat blog untuk dapat job yang lumayan.

7 punca sakit lutut dan rawatannya.

Hargai mereka.