Posts

Showing posts from December, 2016

Terima kasih Jobdirumah

Image
Ya. Dah masuk bulan Disember dah. Maksudnya, kita dah dipenghujung tahun 2016 dan akan masuk ke tahun 2017. INi juga bermakna, dah macam-macam perkara berlaku dalam kehidupan kita. Ada perkara yang menggembirakan dan ada juga perkara yang kurang enak berlaku dalam kehidupan kita tak kiralah sama ada kita suka ataupun tidak. Begitu juga saya. Selain gembira apabila anak saya dah pandai panggil saya dengan panggilan "abah" walaupun kekadang dia terkeliru apabila panggil emaknya dengan panggilan yang sama.. saya juga gembira apabila dapat pelbagai job yang boleh menampung kehidupan seharian saya. YA. Walaupun job dari jobdirumah dan juga dari client baru dan client lama saya tidaklah sebanyak waktu saya aktif mencari kerja dulu, tapi tetap ada job yang hadir tanpa saya sedar. Hampir setiap bulan saya akan terima bayaran dari job-job yang saya lakukan secara part time ini. Ada yang RM300, ada yang 100 dollar, ada yang RM1000 dan tak kurang juga dapat 10 dollar