Posts

Showing posts from May, 2015

Susah ke kerja dari rumah secara online nih?

Image
Entah la. Saya tak berani nak cakap susah atau senang. Nak kata senang, ada juga kriteria yang saya rasa susah. Nak kata susah, ada juga bahagian yang saya rasa senang. Senang cakap, dua-dua ada. Susah ada, senang pun ada. Susah bila kita rasa tak tahu, senang bila kita dah tahu apa yang kita perlu buat. Maklumlah, saya masih banyak perlu belajar dan asah skill untuk buat duit dari rumah secara online ini dengan lebih gigih lagi. Segan kalau nak bersaing dengan full time blogger dan otai-otai hebat diluar sana. Kalau berdiri sebelah mereka, saya rasa saya yang paling ketot sekali. Dan kalau nak dibandingkan dengan jumlah pendapatan sampingan yang saya dapat selama ini, mungkin saya adalah yang paling sikit sekali jumlahnya. Maklumlah, paling maksimum saya pernah dapat adalah 5 ribu sebulan. Itupun kebetulan saya memang nak pakai duit. Berhempas pulas juga nak capai target. Alhamdulillah, tercapai. Paling rendah pula, adalah RM20 sahaja dalam bulan itu.  Itu waktu say

Orang kita memang suka nak duit CEPAT.

Image
Selamat pagi semua. Apa khabar? Sihat semua hari ini? Hari ini, saya nak bercerita tentang masalah orang kita. Bila kerja, semua nak duit cepat. Nak gaji cepat. Nak naik gaji cepat. Nak naik pangkat cepat. Dan yang join program MLM pula, semuanya nak duit cepat. Nak duit cepat, kan? Well.. Bagi saya tak salah nak dapat duit cepat. Tapi biarlah cara dan etikanya itu betul. Jangan tipu orang, jangan sertai program yang berpaksikan "head hunting" dan jangan aniaya orang lain. Sertai program atau syarikat yang bagus dan memang terbukti membayar. Senang cakap, pilih yang susah hendak scam awal. Contohnya, kerja dengan kerajaan. Jadi, cikgu, jadi pensyarah, jadi doktor, jadi kerani, jadi jurutera..ini semua ada gaji tetap dan agak sukar untuk dibuang kerja melainkan kita sendiri buat hal, kan? Kalau kerja selain dari kerja dengan kerajaan, kerja swasta, jadi penjual produk, join syarikat pengiklanan, jadi mekanik ke, jadi buruh ke, jadi peniaga pasar m

7 punca sakit lutut dan rawatannya.

Image
Ya. Hari ini saya mahu bercerita tentang sakit lutut. Siapa pernah menghadapi masalah sakit lutut? Tak kiralah anda muda atau tua, masalah sakit lutut ini memang satu perkara yang menyakitkan. Kita tidak boleh buat banyak kerja bila lutut dah sakit. Nak bergerak sikit pun, dah terasa sakit. Ngilu semacam. Lebih teruk berbanding sakit kena tinggal dengan awek. Persoalannya, bagaimana kita boleh dapat sakit lutut ini? Sakit lutut? 7 punca sakit lutut Bone chips. Maksud, struktur tulang pecah dan serpihan tulang itu terperangkap diruang sendi lutut Kepala lutut beralih. Biasanya, kita panggil lutut teralih. Biasa terjadi pada orang tua dan mereka yang aktif bersukan. Saya pernah kena dulu. Memang meraung kejap la. Entah apa pakcik tu buat, jadi ok semula. Tapi memang meraung kali kedua la bila pakcik tu cuba betulkan lutut yang teralih tu.. Medial Plica Syndrome. Ni berlaku kat bahagian dalam lutut. Kita tak rasa mula-mula. Tapi bila tisu kat dalam lutut tu dah teru

Contoh Kerja Jobdirumah yang kita boleh PILIH dan BUAT

Image
Ya. Bila kita dah beli Panduan Jobdirumah tu, kita kena segera pilih dan buat kerja yang ditawarkan. Bukan apa, takut-takut apa yang kita dah belajar tu, kita terlupa. Faham-faham ajelah, kan? Manusia ni, mudah sahaja lupa. Saya pun dulu macam tu. Masa awal dulu, rajin aje apply kerja dan bid kerja tu. Takut melepas kat orang. Lepas dah dapat beberapa payment yang agak besar. Joli sakan terus. Terus dah tak buat job-job tu semua. Bila duit dah tinggal sikit, barulah tergerak nak cari duit lagi. Sebab itu, sekarang ni saya peruntukkan masa sikit untuk buat kerja-kerja ni. Dapat 2-3 job sebulan pun dah cukup lumayan dah. Maklumlah, bayaran yang dibayar cukup tinggi dan lumayan. Sebab kita kerja dengan orang luar negara. Bukan yang tempatan punya. Of course, ada juga job dari orang kita juga. Cuma bayarannya tidaklah setinggi bayaran orang luar disebabkan kita pakai ringgit, mereka pakai dollar atau euro. Sebab itu, kita kena ada akaun paypal. Biasanya, mereka baya

Panduan Jobdirumah versi kedua

Image
Ya. Jobdirumah telah kembali dengan website baru iaitu Jobdirumah.net. Malah, sistem dashboard yang baru ini nampak lebih mudah dan "eye-catching" sikit. Saya agak selesa juga dengan interface baru ini. Panduan Jobdirumah V2 Boleh login sekali untuk baca Panduan Jobdirumah versi kedua yang terbaru dan dalam masa yang sama boleh lihat akaun affiliate saya. Dua dalam satu. Berbeza sebelum ini, kita kena login dekat dua tempat. Apapun, its good. Sekali-sekala, kena juga ada pembaharuan. Ulasan Panduan Jobdirumah versi kedua lebih kemas dan padat lebih terperinci dengan bantuan video step by step video tutorial untuk job di Elance, Odesk dan Freelancer dan penerangan yang lebih mudah difahami Semua ini akan memudahkan anda sebagai orang baru. Untuk dapat job yang mudah dilakukan, sekaligus boleh buat duit dengan lebih lumayan dari job-job yang ditawarkan. Ok. Itu sahaja. Saya nak tidur. Malam sudah ni. Kepada yang berminat, boleh d