7 punca sakit lutut dan rawatannya.
Ya.
Hari ini saya mahu bercerita tentang sakit lutut.
Siapa pernah menghadapi masalah sakit lutut?
Tak kiralah anda muda atau tua, masalah sakit lutut ini memang satu perkara yang menyakitkan. Kita tidak boleh buat banyak kerja bila lutut dah sakit. Nak bergerak sikit pun, dah terasa sakit. Ngilu semacam. Lebih teruk berbanding sakit kena tinggal dengan awek.
Persoalannya, bagaimana kita boleh dapat sakit lutut ini?
Jadi, apa yang perlu kita buat bila sakit lutut terjadi?
Hari ini saya mahu bercerita tentang sakit lutut.
Siapa pernah menghadapi masalah sakit lutut?
Tak kiralah anda muda atau tua, masalah sakit lutut ini memang satu perkara yang menyakitkan. Kita tidak boleh buat banyak kerja bila lutut dah sakit. Nak bergerak sikit pun, dah terasa sakit. Ngilu semacam. Lebih teruk berbanding sakit kena tinggal dengan awek.
Persoalannya, bagaimana kita boleh dapat sakit lutut ini?
Sakit lutut? |
7 punca sakit lutut
- Bone chips. Maksud, struktur tulang pecah dan serpihan tulang itu terperangkap diruang sendi lutut
- Kepala lutut beralih. Biasanya, kita panggil lutut teralih. Biasa terjadi pada orang tua dan mereka yang aktif bersukan. Saya pernah kena dulu. Memang meraung kejap la. Entah apa pakcik tu buat, jadi ok semula. Tapi memang meraung kali kedua la bila pakcik tu cuba betulkan lutut yang teralih tu..
- Medial Plica Syndrome. Ni berlaku kat bahagian dalam lutut. Kita tak rasa mula-mula. Tapi bila tisu kat dalam lutut tu dah teruk, memang sakit lutut tu akan terasa. Mula-mula rasa sikit je sakitnya, tapi lama-kelamaan, memang kena pergi hospital cepat-cepat la jawabnya.
- Bursitis. Bengkak dalam lutut. Biasanya bila terjatuh. Jangan anggap bila lutut kita dah terhentak, tak ada apa-apa berlaku. Pergi klinik atau hospital, buat pemeriksaan penuh. Takut kena Bursitis ni je.
- Pattellar Tendonitis. Ni pun kiranya masalah bengkak gak. Tapi kat bahagian tendon lutut kita. Bahagian ni akan meradang dan bengkak bila kita terlalu aktif bersukan atau terjatuh.
- Osteoarthiritis. Masalah ni masalah yang berlaku pada orang-orang tua yang kurang minum susu. Haha..tak la. Benda ni semulajadi. Bila pelincir dalam lutut tu dah habis, memang mesti kena punya. Susah nak elak ni. BIasalah tu beb..orang tua memang majoritinya sakit lutut belaka.
- Osgood. Masalah sakit lutut yang satu ni, ada benjol kat bahagian bawah lutut dan dekat dengan tendon. Selalu berlaku kat budak-budak remaja. Masalah ni kejap ada, kejap tak ada. Bukan masalah besar. Tapi seeloknya, kalau sakit sangat, bawa pergi jumpa doktor atau dapatkan produk yang boleh melegakan masalah sakit lutut ni.
Dan sebagainya.
Sebenarnya, ada banyak punca dan sebab sakit lutut ni. Sampai dari masalah pemakanan dan masalah aktiviti harian yang tidak dipantau dengan baik.
Jadi, apa yang perlu kita buat bila sakit lutut terjadi?
Ini tips rawatan sakit lutut yang boleh dilakukan.
- Bila dah sakit, kena rehat. Jangan dok galak berlari lagi.
- Kurangkan pergerakan.
- Biasanya kalau bengkak, kita akan tuam dengan ais. Biar dalam 20-30 minit. Dah ok sikit, biarkan dulu. Kalau sakit lagi, tuam lagi. Letak lutut tinggi sikit dari ketinggian biasa supaya bengkak tu kurang.
- Bagi ahli sukan, lakukan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu sekurang-kurangnya 15 minit paling minimum dan diakhiri dengan regangan dan gerak kendur. Kalau macam Mohktar Dahari tu, dekat sejam ke dua jam dia punya streaching dan cooling down dia. Jangan pandang rendah dengan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan ni. Kalau tak, sakit lutut ni memang masalah normal dah bagi mereka yang malas nih..
- Makanan. Jaga makanan. Jangan makan makanan bergoreng banyak sangat atau makanan yang boleh menyebabkan kita berpotensi dapat sakit sendi. Lagi satu, banyakkan minum kalsium. Tulang kita perlukan kalsium secara menyeluruh. Kalau tak suka minum susu, minum vitagen, milo, vico, nestum dan sebagainya sebagai pengganti air susu tu. Garam pula, kasi kurang. Gula pun sama.
- Yang hisap rokok dan ambil alkohol tu, elok la berhenti. Ini akan menambah 1001 macam penyakit lagi nanti.
- Painkiller. Ada banyak dipasaran. Gel Amani tu antara yang popular. Boleh dapatkan juga. Supplemen macam Habbatus Sauda pun bagus juga untuk melegakan sakit lutut nih.
Tetapi, saya hendak cadangkan anda guna produk nih.
Ramai yang dah kurang sikit sakit lutut dan dah tak sakit dah macam mula-mula kena dulu.
Produk tu namanya
Pro Kas - Muscle Relief Pain
--> Pro Kas ni khas untuk melegakan sakit sendi dan otot.
Kalau selalu meradang atau sakit lutut disebabkan oleh bengkak atau terjatuh, boleh ikhtiar untuk gunakan produk Pro Kas ini.
Isi kandungan Pro kas ini ialah Aloe Vera, Soya, Delima yang mengandungi vitamin C, mineral dan vitamin, Menthol untuk anastetik untuk legakan sakit lutut dan DMSO yang menggunakan teknologi nano untuk membetulkan DNA tanpa melakukan pembedahan.
Boleh cuba guna Pro Kas (klik lini ini) jika ada antara anda menghadapi masalah sakit lutut ini.
Harganya pun tak mahal.
Tapi berbaloi-baloi la..
Pro Kas - Muscle Pain Relief |
Comments
Post a Comment