Posts

Showing posts from November, 2015

SIBUK bukan alasan tak boleh cari duit sampingan.

Image
Ya. Itu alasan yang selalu orang kita gunakan. Lebih-lebih lagi apabila saya selalu cadangkan jika tak cukup duit setiap bulan, silalah cari pendapatan sampingan yang boleh bantu perbelanjaan seharian kita. Tak dapat RM500 sebulan pun, dapat RM200 pun dah cukup besar ertinya. Dengan RM200 itu, kita boleh topup duit pampers, duit susu anak, duit baju kurung bini yang baru dan macam-macam lagi. Maklumlah, zaman sekarang ni, gaji RM3 ribu pun belum tentu cukup untuk sebulan. Mana tidaknya, sewa rumah pun ada yang sampai RM600-RM1000 kena bayar. Duit installment kereta bulan-bulan pun ada yang sampai RM700 ke RM1000. Maklumlah, pakai kereta Vios kan? Kereta tempatan macam Saga, Myvi, Viva nih..apalah sangat. Semua ni dari diri kita aje. Kita kena kawal perbelanjaan kita. Kita kena simpan sedikit duit gaji kita agar ada duit yang boleh digunakan pada waktu terdesak. Jangan lupa juga ambil medikal kad untuk "support" jika tiba-tiba ada "kemalangan" yang

Cuti sekolah nak buat apa?

Image
Ya. Sekarang ni musim cuti sekolah. Yang kerja cikgu tu, memang seronok sebab inilah waktu untuk berehat dan berjalan-jalan. Maklumlah, dah satu tahan terbelenggu dengan tugasan yang membebankan kepala dan tulang belakang. Kena plak hari-hari melayan karenah budak-budak yang ada 1001 macam perangai yang penuh dengan keriangan tanpa batasan. Saya? Masih pergi bekerja. Masih pulang dari kerja seperti biasa. Masih singgah kedai untuk makan roti canai dan teh tarik untuk tarik nafas seketika. .. ... Saya suka bekerja. Bagi saya, bekerja mengasah minda dan otak saya untuk terus bergerak. Memikirkan sesuatu setiap masa. Dan kena faham, bekerja juga satu ibadah. Kita bekerja bukan sahaja untuk dapatkan gaji, tetapi juga untuk membantu dan memudahkan kerja orang lain. Ada masa, kita tolong orang. Ada masa lain, orang lain tolong kita. Hidup ini indah dengan macam-macam perkara yang memberikan faedah dan kebaikan. Lakukan dengan penuh semangat. .. ... Har

2 Cara bayar hutang PTPTN dengan cepat.

Image
Ya. Saya dah selesai bayar hutang PTPTN saya. Lebih tepat, tahun 2011 sudah tamat bayar semua hutang PTPTN saya itu. Saya tamat belajar pada tahun 2007.  Jadi, hampir 4 tahun saya gunakan untuk habiskan hutang tersebut.  Tak banyak, tapi lelah jugalah nak membayarnya.  Saya plan untuk habiskan dalam tempoh 5 tahun.  Tapi saya terawal 4 tahun.  Apa tips saya? Mudah sahaja.  1. Planning. Saya plan 5 tahun. Saya tegar membayar sekurangnya rm50 sebulan. Pada awalnya, rm50..dan saya upgrade ke rm100..dan akhirnya ke rm300 setiap bulan. Bila ada duit lebih..saya bayar antara rm500 hingga rm700.  Maklumlah, saya bujang ketika itu. Tak ada komitmen. Jadi, boleh bayar lebih. Komitmen lain pun, bayar hutang kereta saja.  Gaji masa tu, RM2000++. Tapi saya ada buat side income. Ada beberapa pendapatan sampingan yang saya lakukan secara online dan offline. Dapatlah lebihan RM1000+RM2000 setiap bulan So..duit lebihan itulah saya gun

Dapat RM700 dari Jobdirumah

Image
Ya. Kali ini, saya berjaya dapat RM700 dari program affiliate Jobdirumah . Susah juga sebenarnya nak capai angka tu. Memang kena usaha keras sikit. Sedikit sebanyak, memang banyak masa petang saya, saya habiskan menghadap laptop buruk saya ni. Nanti mungkin ada cukup bajet, boleh angkat laptop baru. Hehe.. Apapun.. Seperti yang saya asyik ulang sebelum ini. Ada 2 cara biasa untuk buat duit dengan program Jobdirumah ini . 1. Kita buat kerja yang ditawarkan oleh pihak Jobdirumah. Kerja-kerja itu seperti menulis review, jadi webster tester, menterjemahkan file atau artikel, mencari prospek dan sebagainya. 2. Menjadi agen promosi program Jobdirumah. Itu sahaja yang saya buat. Sedikit sebanyak, dapatlah saya tampung kehidupan yang serba-serbi agak mahal pada zaman ini. Saya bersyukur, saya tak lalu tol pergi tempat kerja. Dalam 10 minit sahaja dah sampai tempat kerja. Bini pun sama. Sejak pindah rumah ni, memang tempat kerja kami sangat dekat. Cuma kos sewa rum

Saya tak minat dengan bisnes MLM.

Image
Ya. Saya rasa, sejak saya umur 18 tahun sehingga sekarang, saya sudah diajak untuk buat duit dengan MLM. Saya tak kata MLM ini tidak bagus. Saya tak kata kita tidak boleh buat dengan MLM. Saya juga pernah dapat ribuan duit dengan MLM. Cuma.. Saya nampak "ending" bagi kebanyakkan syarikat MLM setelah mengikut kisah MLM beberapa tahun ini. Cukuplah apa yang saya dah lihat dan rasai. Kesimpulan yang saya dapat.. Saya tak minat. Banyak "CARA" yang mengelirukan, menipu dan memperdayakan orang. Lebih teruk, ada yang sampai tergadai geran rumah, tanah dan habis ribuan ringgit dengan MLM. Bergaduh suami isteri, cerai berai, anak terbiar, keluarga porak peranda, wang simpanan habis, berhutang dengan bank dan along.. Cukuplah semua tu. Saya tak mahu baca dan dengar lagi. Kesian sangat tau bila dulu ada kereta Vios. Sekarang cuma pakai motor cabuk aje ke hulu dan ke hilir. Ini nasihat saya. Cukuplah dengan bisnes MLM. Terutamanya MLM yang