SIBUK bukan alasan tak boleh cari duit sampingan.

Ya.

Itu alasan yang selalu orang kita gunakan.

Lebih-lebih lagi apabila saya selalu cadangkan jika tak cukup duit setiap bulan, silalah cari pendapatan sampingan yang boleh bantu perbelanjaan seharian kita.

Tak dapat RM500 sebulan pun, dapat RM200 pun dah cukup besar ertinya.

Dengan RM200 itu, kita boleh topup duit pampers, duit susu anak, duit baju kurung bini yang baru dan macam-macam lagi.

Maklumlah, zaman sekarang ni, gaji RM3 ribu pun belum tentu cukup untuk sebulan. Mana tidaknya, sewa rumah pun ada yang sampai RM600-RM1000 kena bayar. Duit installment kereta bulan-bulan pun ada yang sampai RM700 ke RM1000. Maklumlah, pakai kereta Vios kan? Kereta tempatan macam Saga, Myvi, Viva nih..apalah sangat.

Semua ni dari diri kita aje.

Kita kena kawal perbelanjaan kita.

Kita kena simpan sedikit duit gaji kita agar ada duit yang boleh digunakan pada waktu terdesak.

Jangan lupa juga ambil medikal kad untuk "support" jika tiba-tiba ada "kemalangan" yang datang tanpa diduga.

Yelah, tetiba anak sakit kuat, bini sakit perut, suami kena kencing manis..kos nak duduk kat hospital pun boleh tahan juga nak kena bayar.

So, kena berpada-pada dan bijak rancang perbelanjaan kita.

Kalau bini bekerja, pasti sedikit sebanyak membantu.

Kalau tidak, buatlah kerja sampingan.

Kita ni orang laki-laki. Wajib kena kerja kuat untuk keluarga.

Kalau tidak, siapa lagi nak buat semua tu?

Mak bapak kita?

Diorang pun ada kehidupan mereka juga.

Jadi, carilah pekerjaan sampingan yang sesuai dengan diri kita. Jual aiskrim depan rumah pun boleh. Tak susah pun nak jual aiskrim nih.

Kalau tak, boleh belajar kat sini untuk belajar cara mula buat bisnes aiskrim.

--> Panduan Belajar Bisnes Aiskrim (klik SINI)

Belajar Bisnes Aiskrim secara part time


Comments

Popular posts from this blog

Saya tak PERCAYA dengan Jobdirumah.

Survival Jobdirumah

Harga yang berbeza.