Saya tak minat dengan bisnes MLM.

Ya.

Saya rasa, sejak saya umur 18 tahun sehingga sekarang, saya sudah diajak untuk buat duit dengan MLM.

Saya tak kata MLM ini tidak bagus.

Saya tak kata kita tidak boleh buat dengan MLM.

Saya juga pernah dapat ribuan duit dengan MLM.


Cuma..

Saya nampak "ending" bagi kebanyakkan syarikat MLM setelah mengikut kisah MLM beberapa tahun ini.

Cukuplah apa yang saya dah lihat dan rasai.

Kesimpulan yang saya dapat..

Saya tak minat.

Banyak "CARA" yang mengelirukan, menipu dan memperdayakan orang.

Lebih teruk, ada yang sampai tergadai geran rumah, tanah dan habis ribuan ringgit dengan MLM.

Bergaduh suami isteri, cerai berai, anak terbiar, keluarga porak peranda, wang simpanan habis, berhutang dengan bank dan along..

Cukuplah semua tu.

Saya tak mahu baca dan dengar lagi.

Kesian sangat tau bila dulu ada kereta Vios.

Sekarang cuma pakai motor cabuk aje ke hulu dan ke hilir.

Ini nasihat saya.

Cukuplah dengan bisnes MLM.

Terutamanya MLM yang produknya mencari orang sahaja semata-mata. Produk MLM itu sendiri tidak dipromosi, tetapi lebih fokus kepada mencari bonus penajaan sahaja.

Lebih kepada skim cepat kaya dan menipu orang.

Terlalu ramai yang kena tipu dan terlalu banyak kisah sedih berpuluh tahun lamanya.

Tapi TETAP masih ada banyak yang kecundang walaupun sejarah berulang kembali dan kembali.

No more MLM business

Lebih teruk, cara promosi sahaja sudah mengelirukan dan menipu.

Cerita benda yang baik-baik dan yang best-best.

Part yang tak best, depa tak cerita.

Itu yang ramai orang kita sangkut.

Dan saya tahu, tidak semua orang ada kemahiran untuk mengajak orang masuk bisnes MLM ini.

Salah cara, ada yang kena kejar dengan parang.

Jadi, jika mahu cari duit sampingan. Pilihlah yang betul-betul bagus.

Cari yang patuh syariah dan tidak membebankan downline anda.

Saya tahu, ada syarikat MLM yang bagus dan yang patuh syariah. Pilihlah syarikat yang itu.

Saya lebih selesa buat duit sampingan dengan cara saya sendiri seperti dengan program Jobdirumah, tulis review, promosi produk affiliate, servis tulis artikel, servis buat blog dan sebagainya.

Dapat RM300-RM500 setiap bulan, dah cukup bagi saya.

Kalau dapat LEBIH?

Itu bonus.

Mungkin rezeki anak-anak. :)



Comments

Popular posts from this blog

Dapat RM825 dari kerja online Jobdirumah

Saya dah bayar RM50 untuk Panduan Jobdirumah. Tapi tak dapat panduan pun..

RM500 untuk satu job dari rumah.