Posts

Showing posts from September, 2015

Duit tak cukup lepas raya haji pulak?

Image
Ohh..

Biasalah tu.

Ada yang menunaikan ibadah qurban.

Ada juga yang buat akikah sempena kelahiran anak masing-masing tahun ini.

Ada juga yang baru buat kenduri-kendara.

Tak kurang juga ada yang berkahwin masa musim haji nih. Kononnya mahu ambil berkat bulan yang baik ini.

Bagi saya, semua itu tak ada masalah.

Tapi..

Janganlah merungut pula bila duit tak cukup lepas raya haji nih.

Allah bagi kita cukup sebenarnya.

KIta sahaja sedar atau tidak sedar sahaja.

Kita boros, kita tidak sedar. Kita beli barang mahal yang bukan keperluan, kita tidak sedar. Kita beli smartpon mahal-mahal, kita tidak sedar, kita beli baju, kita tidak sedar dalam gobok almari tu ada beratus lagi baju yang belum dipakai..
Pendek kata, kita tidak sedar sebenarnya.

Oleh itu, berbelanjalah dengan hemah.

Atau..tambah pendapatan sampingan anda jika gaji yang anda terima pada setiap bulan itu tidak mencukupinya.

Ada banyak cara nak tambah pendapatan.

Boleh jual kuih, boleh jual nasi lemak, boleh jual aiskrim buatan tangan…