Susah ke kerja dari rumah secara online nih?

Entah la. Saya tak berani nak cakap susah atau senang. Nak kata senang, ada juga kriteria yang saya rasa susah. Nak kata susah, ada juga bahagian yang saya rasa senang. Senang cakap, dua-dua ada. Susah ada, senang pun ada. Susah bila kita rasa tak tahu, senang bila kita dah tahu apa yang kita perlu buat. Maklumlah, saya masih banyak perlu belajar dan asah skill untuk buat duit dari rumah secara online ini dengan lebih gigih lagi. Segan kalau nak bersaing dengan full time blogger dan otai-otai hebat diluar sana. Kalau berdiri sebelah mereka, saya rasa saya yang paling ketot sekali. Dan kalau nak dibandingkan dengan jumlah pendapatan sampingan yang saya dapat selama ini, mungkin saya adalah yang paling sikit sekali jumlahnya. Maklumlah, paling maksimum saya pernah dapat adalah 5 ribu sebulan. Itupun kebetulan saya memang nak pakai duit. Berhempas pulas juga nak capai target. Alhamdulillah, tercapai. Paling rendah pula, adalah RM20 sahaja dalam bulan itu. Itu waktu...