Sesuai ke STUDENT join Jobdirumah?

Ok.

Saya ada dapat satu soalan dari artikel yang bertajuk "Dapat komisen RM850 dari Jobdirumah lagi" ini.

Sesuai ke?


Kebetulan pula saya ada masa untuk jawab soalan tu sekarang.

Jadi, saya jawab terus kat artikel baru ini agar LEBIH RAMAI orang termasuk student-student yang ada diluar sana boleh faham apa yang saya cuba sampaikan.

Siapa yang boleh join atau buat kerja dari program Jobdirumah ini?

Jawapan dia mudah.

--> Sesiapa sahaja pun boleh. 

Tapi, ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.

1. Perlu ada talian internet. 

Maksudnya, anda boleh online. Maksudnya, boleh online selalu. Sebab ada client hendak kerja mereka siap dalam 24 jam. So, kalau kita takde internet atau sukar nak online, jadi client mungkin akan ragu-ragu nak bagi job pada kita.

Sebab memang ada client saya yang pernah tanya dulu,

"Do you have good internet connection at your work place?"

Haa..

Saya pun jawab "YES!" ajelah.

Haha..

Alhamdulillah, dapat job baru tapi kena siapkan dalam tempoh 24 jam sebab dia nak guna cepat.

Kerja saya cuma tulis artikel.

Itu sahaja. Dia nak cepat, dia bagi extra 50 dollar pada saya.

So, harga job adalah 100 dollar, artikel siap cepat dan dia suka, dapat extra 50 dollar.

Total, 150 dollar. Darab dengan RM3.2 (kadar tukaran pada waktu itu)

Adalah dapat lebih dari RM450 pada waktu itu. Kalau tukar dengan tukaran ringgit dan dollar sekarang, memang lagi banyak la nilainya. Hehe..

2. Perlu faham bahasa inggeris. Tak faham, boleh guna kamus atau google translate.

Okeh. Saya perlu tekankan isu ini.

Memang kena faham bahasa bahasa inggeris. Kalau fasih, boleh bercakap, boleh berborak, boleh tulis artikel yang baik, in-sha Allah, kita mudah untuk dapat job dari dunia online ni. Serius, ada banyak platform kat luar sana seperti program jobdirumah ini yang membayar kita lebih dari 50 dollar untuk satu-satu job.

Ramai yang tidak tahu, kan?

3. Perlu boleh "MEMAHAMI" skop kerja. 

Ini juga penting. Kena faham apa kehendak kerja dan kehendak client kita. Kekadang, tak semestinya kita tahu apa yang kehendak client kita mahukan. Kita dah buat sehabis baik, tapi dia still kata..

"Nood good. Noot good. Do it again."

Tak sakit gigi geraham saya menaham geram bila ada client nak benda "perfect" macam ni?

Haha..

Tak apa.

Saya layankan juga. Buat lagi dan lagi. Sampai pernah ulang lebih dari 5 kali buat kerja yang sama tapi isi dan nilai yang berbeza.

Alhamdulilah, job tu client saya bayar mahal juga walaupun ambil masa dekat 3 hari untuk siapkannya.

4. Tahu pelbagai skill.

Ya. Kena tahu banyak skill. Lagi banyak, lagi bagus.

Lagi banyak skill kita tahu, lagi banyak PELUANG job yang lebih besar dan lebih banyak yang boleh kita perolehi. Dan lebih banyak portfolio yang kita boleh bina.

Bila kita dah ada portfolio, dah ada nama, kita akan lebih MUDAH dapat lebih banyak "big job" dari client-client baru dan juga mungking client lama akan cari kita semula untuk bagi kita kerja.

SEE the big picture now?

Ini yang perlu pada saya.

Ramai client datang semula ada saya. Malah, client 5-6 tahun lepas pun masih ada yang contact saya dan minta saya buat kerja mereka walaupun hakikatnya saya dah lupa langsung siapa client itu. Nama memang dah tak ingat habis.

Haha..

Contoh skill?

Boleh menulis ulasan (review), boleh tulis artikel yang membina + review yang interesting dan ada lebih jiwa.

Boleh design web, design gambar, design logo, ubahsuai gambar kahwin, boleh edit guna photoshop dan sebagainya. Pendek kata, pandai melukis guna software la. Yang ni saya tak pandai sangat. Tapi boleh la buat job yang mudah-mudah. Bina banner ke, bina gambar gerak-gerak ke dan sebagainya.

Tulis blog, udpate blog, bina blog, copywriting, buat ayat jualan, buat skrip jualan, buat ayat iklan dan semacamnya. Ini servis yang saya pernah tawarkan dan ada yang client tu, asyik cari saya aje. Kekadang sampai tak cukup masa nak buat kerja sebab ini memang antara job yang selalu saya dapat selain tulis review.

5. Ada blog.

Ini pilihan. Tak ada pun tak apa. Jika ada, lagi baik. Sebab blog akan jadi salah satu portfolio yang boleh kita jual pada client. Kita boleh kongsi haisl kerja kita dan kongsi skill kita pada blog tersebut. Jadi lebih banyak client boleh datang ke blog kita dan tengok contoh-contoh skill yang kita ada.

Mana tahu, ada yang berminat untuk ambil anda untuk buat kerja untuk mereka?

Okeh.

Jobdirumah ini SESUAI atau tidak untuk student?

Sesuai sangat.

Itu jawapan saya.

SEBAB, student zaman sekarang lebih pintar dan lebih laju dalam hal-hal internet dan teknologi.

Saya yang lahir zaman 80 an ni, dah boleh dianggap bertuah boleh lagi tangkap dan faham tentang dunia internet. Boleh tulis blog ini pun dah rasa macam nak menangis aje.

Dapat pula buat duit ni sikit-sikit setiap bulan ni, memang buat saya rasa hensem sangat berbanding kengkawan kat opis saya. Hehe..

Teknologi berlalu terlalu pantas sampai tak terkejar saya dibuatnya.

Tapi, saya ambil mana yang baik dan belajar sesuatu daripadanya.

So, alhamdulillah, program Jobdirumah ini adalah salah satu program yang banyak membantu saya buat duit dengan lebih banyak dan membuka lebih banyak peluang untuk client luar kenal servis-servis yang saya tawarkan.

Jadi, jika anda student dan berminat untuk buat duit dengan jobdirumah, saya sarankan anda baca panduan Jobdirumah 2015. Panduan ini lebih baik, lebih jelas dan ada video tutorial yang lebih banyak membantu berbanding panduan yang lama.

Dapatkan disini --> Panduan Jobdirumah 2016

Jadi, sentiasa optimis dan percaya pada diri sendiri.

sentiasa optimis dan percaya pada diri sendiri

Comments

  1. salam . saye lepasan spm . ade tak kerje dekat jobdirumah yg sesuai dgn lepasan saye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada.

      janji, kena rajin mahu belajar dan tak memilih kerja sangat.

      Delete
  2. carilah kerja yang mudah nak buat dan tidak melibatkan tenaga yang banyak. contohnya secara online.

    ReplyDelete
  3. salam tuan, nak tanya. saya student. process pembayaran melalui paypal kan ? student tak boleh buat paypal kalau takde card credit. macam mana ye process pembayaran tu kalau tak boleh buat paypal?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar buat blog untuk dapat job yang lumayan.

Saya dah bayar RM50 untuk Panduan Jobdirumah. Tapi tak dapat panduan pun..

Hargai mereka.