Cipta Peluang, Sediakan Ruang.

Ya.

Nampaknya, sudah lama saya tidak menulis diblog ini.

Lantaran kesibukan ditempat kerja yang membuatkan saya hampir terlupa dengan blog yang satu ini. Maklumlah, saya bukan hanya ada satu blog sahaja. Ada banyak blog lain yang memerlukan perhatian saya juga.

Tapi bulan ini, bukan blog ini sahaja yang nampak terabai, tetapi banyak lagi blog saya yang lain agak terabai juga.

Alhamdulillah..

Walaupun nampak terabai, job-job tempias dari Jobdirumah ini masih tetap tidak putus.

Ada sahaja kerja-kerja atau job online yang saya dapat melalui ruang email saya. Ada yang mintak saya tulis artikel, ada yang suruh saya setup blog baru, ada yang suruh saya tulis review tentang produk mereka dan ada juga yang ingin beriklan disalah satu blog saya.

Pendek kata, rezeki itu tidak putus.

Dengan syarat, kita berusaha.

Saya dah berusaha lama.

Cukup lama.

Hasilnya dan tempiasnya memberikan saya pulangan hampir setiap bulan dan setiap tahun sejak 5-6 tahun yang lepas.

Ada masa dapat hasil yang banyak, ada masa dapat sikit aje.

Oklah tu.

Saya syukur.

Ada juga rempias untuk saya yang sentiasa sibuk dipejabat.

Nasihat saya, bila kita nak terima job dari jobdirumah atau dari advertiser atau pengiklan, kita kena cipta peluang dan sediakan ruang.

Bagaimana?

Cipta peluang maksudnya, kita kena siapkan diri kita dengan skill. Maksudnya, kita harus ada pelbagai skill untuk buat duit secara online. Kita kena asah skill baru dan tambah ilmu pengetahuan baru tentang dunia teknologi sekarang. Dunia hari ini begitu pantas. Terlalu banyak perkara yang perlu saya pelajari.

SUdah la saya ni dah tua.

Tak terikut kadang-kadang naik ikut aliran budak-budak muda sekarang.

Sediakan ruang.

Ini bermaksud, kita kena sediakan tempat dan peluang untuk orang kenal kita. Kita kena sediakan ruang agar orang boleh cari kita untuk beri kita job-job yang boleh kita selesai.

Contohnya, saya ada beberapa blog. Ofkos, blog saya ada trafiknya tersendiri, ada pembaca sendiri, ada peminat tegar dan juga ada macam-macam benda.

Dan ada yang berminat hendak beriklan diblog saya itu.

Saya caj RM50 sebulan untuk letak banner diblog saya.

Advertiser setuju.

Dan dia bayar saya sepantas kilat.

Contoh job yang saya dapat. 

Nahh..

RM50 saya dapat. 

Oklah tu, kan?

Itu baru satu job.

Belum cerita job-job yang lain lagi.

Nasihat saya, baca Panduan JObdirumah yang saya ceritakan sebelum ini.

Ada banyak peluang yang akan lebih terbuka luas selepas kita faham dan mempraktikkan ilmu-ilmu yang ada dalam panduan tersebut.

Jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Lakukan sesuatu.

Usaha dulu.

In-sha Allah, hasilnya akan anda dapat kemudian hari nanti.

Cepat atau lambat sahaja.

Boleh dapatkan Panduan Jobdirumah itu melalui link dibawah.

Klik link ini --> Panduan Jobdirumah

Comments

Popular posts from this blog

Belajar buat blog untuk dapat job yang lumayan.

Hargai mereka.

7 punca sakit lutut dan rawatannya.