Terima kasih Jobdirumah

Ya.

Dah masuk bulan Disember dah.

Maksudnya, kita dah dipenghujung tahun 2016 dan akan masuk ke tahun 2017.

INi juga bermakna, dah macam-macam perkara berlaku dalam kehidupan kita.

Ada perkara yang menggembirakan dan ada juga perkara yang kurang enak berlaku dalam kehidupan kita tak kiralah sama ada kita suka ataupun tidak.

Begitu juga saya.

Selain gembira apabila anak saya dah pandai panggil saya dengan panggilan "abah" walaupun kekadang dia terkeliru apabila panggil emaknya dengan panggilan yang sama..

saya juga gembira apabila dapat pelbagai job yang boleh menampung kehidupan seharian saya.

YA.

Walaupun job dari jobdirumah dan juga dari client baru dan client lama saya tidaklah sebanyak waktu saya aktif mencari kerja dulu, tapi tetap ada job yang hadir tanpa saya sedar. Hampir setiap bulan saya akan terima bayaran dari job-job yang saya lakukan secara part time ini.

Ada yang RM300, ada yang 100 dollar, ada yang RM1000 dan tak kurang juga dapat 10 dollar atau rm30 untuk job-job yang kecil. Bak kata orang tua-tua, tak dapat makan besar, dapat makan kecil-kecil macam ini pun dah kira ok apa.

Leh la lepas duit rokok dan duit kopi..

Itu kata mereka.

Tapi bagi saya, job serendah RM30 ini memang banyak membantu saya tanpa saya sedar. Kadang-kala bila saya terdesak memerlukan duit, waktu itulah bayaran job dari client saya datang.

Syukur sangat.

Saya yakin jika kita usaha sungguh-sungguh dan nekad mahu belajar..in-shaa Allah, Allah akan permudahkan hidup kita dan buka pintu-pintu rezeki seluas yang mungkin. Banyak atau sedikit, itu bukan persoalannya.

Yang penting, kita teruskan usaha.

Kita ada agama.

Kita ada pegangan.

Kita ada nabi.

Kita ada kudrat empat kerat.

Gunakannya dengan seadanya.

In-shaa Allah, hidup kita akan lebih berkat dan kita akan lebih bersyukur setiap hari.

Oh ya.

Dapatkan Panduan JObdirumah versi ketiga. Versi terbaru ini lebih baik dan lebih banyak membantu berbanding versi-versi yang sebelumnya.

Saya dah baca dan praktikkan.

Boleh membantu sedikit sebanyak dan menambah skill apa yang patut untuk terus mendapat job dari dunia online ini.

Siapa berminat, boleh dapatkannya disini.

--> Panduan JObdirumah versi ketiga

Thank you for everything, beb!


Ps: Terima kasih Jobdirumah. Dah lebih dari 30 ribu saya dapat tempias daripada mereka.

Comments

  1. Boleh saya tahu kerja bagaimana dan skop kerja yg mcam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rujuk pada artikel saya yang lepas-lepas.

      kalau tidak, boleh terus baca kat website jobdirumah.

      semua ada cerita kat sana.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Belajar buat blog untuk dapat job yang lumayan.

Hargai mereka.

7 punca sakit lutut dan rawatannya.