Cari duit selepas raya.

Ya.

Sekarang, dah mula sana-sini orang mencari duit untuk hari raya kali ini.

Bagi saya, itu tak ada masalah.

Yang jadi masalah adalah untuk cari duit raya selepas berakhirnya raya nanti.

Itu adalah masalah besar.

Bukan semua orang mampu lakukannya dengan bijaksana.

Lagi-lagi kalau yang jenis perhabis semua duit untuk berhari raya.

Maklumlah, katanya raya ni setahun sekali.

So, biarlah berhabis kat raya.

Sekurangnya, berhabis kat benda yang ada manfaatnya.

Ya.

Itu tidak salah.

Saya juga setuju.

Cuma, kena beringat juga dengan selepas raya.

Ada banyak belanja yang menunggu.

Nasihat saya, jika tak mampu untuk cari duit tambahan, belajarlah untuk lebih berjimat. Itu lebih baik daripada kita terpaksa meminjam duit sedara atau kawan taulan yang pastinya setiap orang ada masalahnya tersendiri.

Kang tak beri pinjam, tak mengaku pulak saudara.

Dah timbul masalah baru.

Kalau beri pinjam, dah satu kerja pulak kita nak minta hutang semula.

Tak pasal-pasal, ada yang dok viral.

Walaupun kawan tu dulu, sama-sama makan megi waktu susah dan senang.

Senangnya, sentiasa beringat.

Dunia ni sementara.

Utamakan benda yang lebih penting dan lebih utama.

Ini sifir mudah.

Tapi tak semua orang suka nak hafal sifir yang mudah ini.

Betul tak?

Comments

Popular posts from this blog

Belajar buat blog untuk dapat job yang lumayan.

Hargai mereka.

7 punca sakit lutut dan rawatannya.