Ajar saya TAMBAH pendapatan saya bulan-bulan, boleh tak?

Iti soalan kawan pejabat saya.

Ya.

Saya ada kerja tetap.

Waktu siang, saya buat kerja tetap saya seperti biasa.

Mungkin juga seperti kebanyakkan orang diluar sana.

HIdup saya, tak banyak berbeza dengan orang kebanyakkan atau orang awam yang lain.

Waktu petang, waktu malam atau waktu terluang, saya luangkan masa yang dengan kerja-kerja online saya.

Orang pejabat kata, saya macam hidup senang. 

Macam tak perlu nak risaukan apa-apa. 

Kereta dah nak habis bayar. Rumah dah ada. Ada pulak motor sebijik.

Medikal kad dah ada. Medikal bini dan medikal kad anak pun dah ada. Tak ada masalah nak bayar setiap bulan.

Duit kereta bini pun saya topup.

Serba-serbi, nampak saya macam orang yang tak ada masalah kewangan.

Well.

Itu yang orang nampak.

Sebab saya tak jual apa-apa. Saya tak sertai MLM. Saya tak promosi apa-apa kat tempat kerja saya. Saya tak jual kerepek. Saya tak jual insurans atau takaful. Saya tak jual barang kat pasar malam. Saya tak cuci pinggan kat restoren. 

Rakan pejabat saya, macam-macam diorang jual. Dari mangkuk pinggan, alat mekap, produk kesihatan, sampai ke buat servis baiki aircond pun ada. Yang jadi plumber waktu malam pun ada.

Saya, diorang tak nampak.

Saya cuma cakap, saya ada side income. Saya kerja dari rumah. Antaranya, buat kerja dengan Jobdirumah, tulis review, tulis ulasan dan jual perkhidmatan online.

Buat kerja dari blog-blog saya.

Alhamdulillah.

Ada hasil.

Sana sikit, sini sikit, situ sikit.

Bolehlah bayar apa yang saya mahu dan tanggung perbelanjaan setiap bulan.

Barulah diorang terlopong mendengarnya..

I believe I can FLY.
Nasihat saya..

Bila hidup bujang, kita SIMPAN duit banyak-banyak.

Cari duit banyak-banyak.

Letak duit tu kat ASB dan Tabung Haji.

Ada duit, nak letak kat amanah saham ke, main saham ke..unit trust ke. Buatlah, janji dengan ilmu.

Jangan main belasah aje.

SEBAB APA?

Bila dah kahwin ni, kita nak pakai banyak duit.

Duit tak jatuh dari langit.

Duit datang dari banyak cabang.

Dari gaji kita. Dari kerja sampingan kita.

Dari sumber yang tidak pernah kita ketahui.

Last,

Usahalah.

Usahalah sungguh-sungguh.

In-sha Allah, kita akan berjaya. 


Comments

Popular posts from this blog

Belajar buat blog untuk dapat job yang lumayan.

Saya dah bayar RM50 untuk Panduan Jobdirumah. Tapi tak dapat panduan pun..

Hargai mereka.