Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41

Hmmm..

Tak lama lagi akan ada satu lagi ujian SPA.

Jawatan kali ini adalah jawatan Penguasa Kastam Gred W41. 

Pendek cerita, siapa yang suka kerja bab-bab kastam ni memang sesuailah untuk jadi Penguasa atau pegawai Kastam. Terutamanya yang sedang mencari kerja tetap atau yang dah tak minat kerja dari rumah dan juga mahu tingkatkan ekonomi keluarga. Walaupun mungkin nanti kalau dah dapat jawatan ini, terpaksa berjauhan dengan family atau terpaksa berkorban berpindah ke rumah yang dekat dengan tempat kerja..tak apa.

Itu yang saya lihat sebagai satu pengorbanan untuk keluarga tercinta.

Pekerjaan tetap seperti Penguasaha Kastam memang jadi rebutan apabila ada panggilan. Saya tak tahu lah untuk berapa orang jawatan ini akan ditawarkan. Harapnya biarlah ramai sikit yang akan dapat jawatan ini. Sebab ikut pengalaman saya dan rakan-rakan saya yang pernah terlibat dengan peperiksaan SPA ini, memang puluhan ribu juga yang dapat panggilan untuk hadir dalam sesi peperiksaan.

Cuma kali ini, peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 ini akan dilakukan secara online. Maknanya, anda kena ada komputer yang mempunyai talian internet yang stabil. Kalau tak ada, pergilah sewa kat kedai komputer atau cybercafe. Kalau tak mampu juga, mintak tumpang guna internet dirumah jiran atau rakan yang mempunyai talian internet seperti Streamyx.

Bukan apa, nak fokus masa jawab soalan itu penting. Kena ada talian yang stabil. Kalau talian problem, dah satu hal kita dok marah orang SPA sebab line tak bagus. Yelah, dah nama pun internet, bukan semua tempat line internetnya ok. Lagi-lagi kalau pakai pakej yang biasa-biasa aje. Duduk plak tempat yang linenya tak berapa nak kuat. Memang slowlah jawabnya. Silap hari bulan, server crash, line lambat dan segala bagai lagi. Jadi, lebih baik buat persediaan yang rapi dulu.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41


Saya tak ada contoh soalan peperiksaan itu. Baik yang sebenar atau soalan ramalan. Jadi, tak dapatlah nak kongsi dengan anda. Lebih teruk lagi, saya bukannya penggubal soalan atau orang yang pandai buat soalan peperiksaan.

Tapi, mahukah anda modul contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 yang boleh membantu anda menjawab peperiksaan secara online nanti? (Contoh soalan ini direka untuk membantu calon-calon mengulangkaji dan melatih calon faham akan kehendak soalan. Ini bukan soalan sebenar atau soalan ramalan)

Dan mahukan anda membaca nota rujukan yang telah disediakan oleh Pihak Info Kerjaya yang telah membantu ramai calon peperiksaan SPA lulus dengan cemerlang sejak tahun 2009 lagi?



Jika ya,

dapatkan nota dan contoh soalan itu disini:

Klik sini --> Nota Rujukan dan Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41

Comments

Popular posts from this blog

Belajar buat blog untuk dapat job yang lumayan.

Hargai mereka.

7 punca sakit lutut dan rawatannya.