Posts

Duit tak cukup lepas raya haji pulak?

Image
Ohh.. Biasalah tu. Ada yang menunaikan ibadah qurban. Ada juga yang buat akikah sempena kelahiran anak masing-masing tahun ini. Ada juga yang baru buat kenduri-kendara. Tak kurang juga ada yang berkahwin masa musim haji nih. Kononnya mahu ambil berkat bulan yang baik ini. Bagi saya, semua itu tak ada masalah. Tapi.. Janganlah merungut pula bila duit tak cukup lepas raya haji nih. Allah bagi kita cukup sebenarnya. KIta sahaja sedar atau tidak sedar sahaja. Kita boros, kita tidak sedar. Kita beli barang mahal yang bukan keperluan, kita tidak sedar. Kita beli smartpon mahal-mahal, kita tidak sedar, kita beli baju, kita tidak sedar dalam gobok almari tu ada beratus lagi baju yang belum dipakai.. Pendek kata, kita tidak sedar sebenarnya. Oleh itu, berbelanjalah dengan hemah. Atau..tambah pendapatan sampingan anda jika gaji yang anda terima pada setiap bulan itu tidak mencukupinya. Ada banyak cara nak tambah pendapatan. Boleh jual kuih, boleh jual nasi lemak...

Pokai selepas raya?

Image
Ya. Sedar tak sedar.. Hari raya dah datang. Ada yang masih berhari raya dan melawat sanak saudara? Jika Ya, teruskan. Kita boleh beraya selama sebulan. Kenapa kena berhenti selepas hari raya pertama, bukan? Dan.. Saya tahu, ada yang gigih mencari rezeki dan pendapatan sampingan untuk "COVER" semula perbelanjaan yang sudah hilang pada 2 bulan kritikal yang lepas. Maklumlah, semua sudah maklum, belanja pada bulan puasa dan bulan raya ni memang boleh tahan juga banyaknya. Kepada yang berjaya berjimat, tahniah saya ucapkan. Bukan mudah untuk lakukannya. Saya sendiri berjaya jimat banyak apabila dari awal lagi merancang dengan sebaik yang mungkin. Lebih seronok lagi.. Banyak pendapatan sampingan saya seperti menulis review, berjaya menjual produk dan dapat macam-macam sales secara online yang membuahkan hasil. Sedikit sebanyak, membantu saya untuk menambah simpanan di bank dan juga merancang untuk menambah ilmu pada masa-masa yang saya sempat. Masa ...

Cara KETIGA buat duit dengan Jobdirumah

Image
Okeh. Saya dah banyak kali cerita DUA cara untuk buat duit dengan Jobdirumah ni. Saya kena cerita bab ini sebab ada yang rasa macam susah nak buat duit dengan DUA cara yang saya beritahu itu. Cara yang ketiga ini, sebenarnya tidak lari dengan cara yang pertama itu. Cara pertama Kita kena buat job yang diberikan oleh client kita. Client itu datangnya dari database yang diberikan oleh pihak Jobdirumah. Pernah nampak kan iklan yang pihak Jobdirumah berikan dalam email dan di dashboard Jobdirumah itu, kan? Ada job menaip, ada job kena buat software, ada job kena isi borang, ada job kena kemaskini database yang beribu banyaknya, ada yang kena tukar data dari word ke excel dan macam-macam lagi. Dan jangan tak tahu, ada juga segelintir dari mereka adalah orang Malaysia. Disinilah saya kenal beberapa client. Dan cara ketiga itu bermula dari sini. Mereka selalu hubungi saya untuk buat kerja baru. Maksudnya, mereka percaya saya untuk buat lagi atau berikan saya kerja baru kep...

Income terbaru dari program Jobdirumah 2015

Image
Ya. Selepas website baru Jobdirumah.net telah beroperasi 2 bulan yang lepas, saya rasa ramai yang perasan bahawa website kali ini lebih mesra pengguna. Dan penjelasan tentang cara buat duit secara online dari rumah lebih mudah difahami dengan lebih jelas dan terperinci. Malah, ada video tutorial yang ajar dan beritahu tentang website-website yang menjadi lubuk buat duit dari rumah. Website-website inilah yang anda kena tahu agar anda boleh buat duit dengan lebih rakus lagi selepas ini. Nak tahu website apa? Kena daftar dulu, baru tahu. Boleh daftar disini --> Daftar Jobdirumah Kalau tak nak tahu, tak apa. Search aje di google. In-sha Allah, anda akan jumpa juga. Cuma tepat tak tepat sahajalah. Hehe.. Ini pula income terbaru dari program affiliate Jobdirumah 2015 Salah satu cara untuk buat duit dari Jobdirumah adalah melalui program affiliate. Dan Jobdirumah juga ada program affiliate sendiri. Jadi, kepada mereka yang sudah mendaftar dengan Jobdirumah, anda juga boleh ...

Susah ke kerja dari rumah secara online nih?

Image
Entah la. Saya tak berani nak cakap susah atau senang. Nak kata senang, ada juga kriteria yang saya rasa susah. Nak kata susah, ada juga bahagian yang saya rasa senang. Senang cakap, dua-dua ada. Susah ada, senang pun ada. Susah bila kita rasa tak tahu, senang bila kita dah tahu apa yang kita perlu buat. Maklumlah, saya masih banyak perlu belajar dan asah skill untuk buat duit dari rumah secara online ini dengan lebih gigih lagi. Segan kalau nak bersaing dengan full time blogger dan otai-otai hebat diluar sana. Kalau berdiri sebelah mereka, saya rasa saya yang paling ketot sekali. Dan kalau nak dibandingkan dengan jumlah pendapatan sampingan yang saya dapat selama ini, mungkin saya adalah yang paling sikit sekali jumlahnya. Maklumlah, paling maksimum saya pernah dapat adalah 5 ribu sebulan. Itupun kebetulan saya memang nak pakai duit. Berhempas pulas juga nak capai target. Alhamdulillah, tercapai. Paling rendah pula, adalah RM20 sahaja dalam bulan itu.  Itu waktu...

Orang kita memang suka nak duit CEPAT.

Image
Selamat pagi semua. Apa khabar? Sihat semua hari ini? Hari ini, saya nak bercerita tentang masalah orang kita. Bila kerja, semua nak duit cepat. Nak gaji cepat. Nak naik gaji cepat. Nak naik pangkat cepat. Dan yang join program MLM pula, semuanya nak duit cepat. Nak duit cepat, kan? Well.. Bagi saya tak salah nak dapat duit cepat. Tapi biarlah cara dan etikanya itu betul. Jangan tipu orang, jangan sertai program yang berpaksikan "head hunting" dan jangan aniaya orang lain. Sertai program atau syarikat yang bagus dan memang terbukti membayar. Senang cakap, pilih yang susah hendak scam awal. Contohnya, kerja dengan kerajaan. Jadi, cikgu, jadi pensyarah, jadi doktor, jadi kerani, jadi jurutera..ini semua ada gaji tetap dan agak sukar untuk dibuang kerja melainkan kita sendiri buat hal, kan? Kalau kerja selain dari kerja dengan kerajaan, kerja swasta, jadi penjual produk, join syarikat pengiklanan, jadi mekanik ke, jadi buruh ke, jadi peniaga pasar m...

7 punca sakit lutut dan rawatannya.

Image
Ya. Hari ini saya mahu bercerita tentang sakit lutut. Siapa pernah menghadapi masalah sakit lutut? Tak kiralah anda muda atau tua, masalah sakit lutut ini memang satu perkara yang menyakitkan. Kita tidak boleh buat banyak kerja bila lutut dah sakit. Nak bergerak sikit pun, dah terasa sakit. Ngilu semacam. Lebih teruk berbanding sakit kena tinggal dengan awek. Persoalannya, bagaimana kita boleh dapat sakit lutut ini? Sakit lutut? 7 punca sakit lutut Bone chips. Maksud, struktur tulang pecah dan serpihan tulang itu terperangkap diruang sendi lutut Kepala lutut beralih. Biasanya, kita panggil lutut teralih. Biasa terjadi pada orang tua dan mereka yang aktif bersukan. Saya pernah kena dulu. Memang meraung kejap la. Entah apa pakcik tu buat, jadi ok semula. Tapi memang meraung kali kedua la bila pakcik tu cuba betulkan lutut yang teralih tu.. Medial Plica Syndrome. Ni berlaku kat bahagian dalam lutut. Kita tak rasa mula-mula. Tapi bila tisu kat dalam lutut tu dah teru...